Wednesday, July 27, 2011

Tip dan persediaan jika sesat di hutan

Tip dan persediaan jika sesat di hutan

Anda sesat di hutan. Perkara buruk yang anda mungkin lakukan adalah untuk berlegar di sekeliling di kawasan anda sendiri. Menilai situasi anda. Tanyalah diri anda apa yang perlu anda lakukan hari ini dan sekarang, untuk bertahan dan seberapa lama makanan anda akan bertahan. 

Keutamaan adalah melakukan kerja-kerja yang paling penting akan menyelamatkan kamu. Jika berlarutan hingga malam, anda perlu mencari mencari perlindungan dengan serta-merta maka ini menjadi keutamaan anda.Peluang untuk hidup di dalam hutan hujan adalah lebih baik daripada tempat lain.

Hutan kita kebanyakannya lembap dan terdapat tumbuhan basahdengan embun di waktu  pagi.Dengan mengumpul embun dan air hujan dengan daun yang besar dapat membantu untuk menampung air . Air dari sungai kecil biasanya selamat untuk diminum. Juga ingat, air meleleh kecil sentiasa bergerak sendiri untuk ke laluan air yang lebih besar. Ikut aliran air , biasanya akan berakhir ke sungai.

Apabila mengemas untuk perkemahan, sentiasa berfikir dan ingat  "bagaimana jika saya sesat" dan apa keperluannya. Pastikan barang-barang survival kit sentiasa didalam porch bag anda dan jangan sesekali meninggalkan kem tanpanya. 

Berikut adalah barangan yang mesti ada dalam kit survival anda.Secara puratanya peralatan tersebut tidaklah berat lebih daripada 1kg.
  • Bawa sekurang-kurangnya 3 jenis alat menghidup api contoh kanta pembesar, pemetik api, mancis.
  • Satu botol kecil iodin untuk membasmi air tercemar. Gunakan satu titik yang kecil bagi setiap liter.
  • Beberapa helai zip beg untuk menyimpan air
  • Dental floss (100m), ringan, kuat dan mempunyai banyak kegunaan.
  • Mini Torchlight 
  • Plastic beg heavy duty.boleh digunakan sebagai baju hujan dan pelindung air. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengumpul air hujan.
  • Pisau pelbagai guna yang diperbuat daripada carbon-steel ianya boleh digunakan untuk membuat percikan bunga api daripada bati granite.
  •  Krim sapu antibiotik
  • Wisel untuk menarik perhatian.
  • Beberapa keping makanan bertenaga (cokelat)

Walaupun ia tidak mudah untuk mencari sumber asli kering yang cukup untuk menyalakan api di dalam hutan lembap, beberapa resin, seperti pokok keruing, dan jalur-jalur kulit adalah permulaan yang baik api. Perhatikan perlindungan semula jadi.

Young Leonard Hendrik dan Milos Johed, yang tersesat dalam tahun 2005 di Bau, Sarawak, menjadikan gua rumah mereka selama dua malam sebelum mereka ditemui.Perhatikan apa yang haiwan,terutama monyet, di dalam hutan makan. Apa saja yang mereka makan adalah makanan yang baik juga untuk anda.

Mematahkan dahan pokok di paras-mata iaitu lima kaki di atas tanah di sepanjang jalan untuk membantu pasukan penyelamat mengesan anda. Anda juga boleh meninggalkan timbunan batu, timbunan daun untuk tujuan yang sama. 

Wisel tidak pernah gagal untuk menarik perhatian dan bunyi nyaring yang boleh kedengaran jauh didalam hutan.Apabila membuat isyarat asap, anda perlu mendapatkan lebih banyak asap dengan menambah daun api. Perlu difahami bahawa dari udara anda hanya kelihatan cuma titik kecil sahaja. Cari tempat yang terbuka di mana gumpalan asap boleh meningkat di luar teduhan hutan.Berjalan di sekitar hutan hujan tidak seperti berjalan melalui kurungan seperti didalam zoo. Jadi, jika anda bimbang tentang binatang buas yang lapar, ia sebenarnya tidak akan berlaku. Pertama, hutan terlalu tebal untuk anda melihat apa-apa hata jika musang melompat dikepala anda ianya berlaku hanya denga sekelip mata sahaja. Kedua, bau manusia adalah asing dan ia akan membuat binatang tersebut lari sebelum anda melihat mereka.Jika tidak, mereka mungkin sedang mempertahankan anak atau sarang mereka maka beri laluan kepadanya.

http://camping-malaysia.blogspot.com



Monday, July 25, 2011

kelong dan melolong....^_^''

Kali ni tak bercakap hal gunung jap.nak bercerita pasal fafa dan kelab belia TDK ke kelong. Xtvt-nya adalah MEMANCING! Surprise…

Kalu citer bab memancing, fafa ada pengalaman sedikit lah.ikut2 baling joran.ada sebatang joran yang memang fafa beli.joran tu kaler merah!ada bunyi2 kalu kita tarik joran tu..layan joran2 ni masa 2008 pastu simpan dalam boot kete sampai lebam dan akhirnya keluar balik sewaktu mengikut abas memancing.masa tu fafa n aiman belaja2 balik memancing.kitaorg g pertandingan memancing kat tasik putrajaya, pastu g tasik sri rampai, ke tasik biru, ke ulu yam dan kolam pancing dkt hulu Langat itupun ada ikut pertandingan memancing.hasil?tak yah citer.bole beli ikan kat pasar jer.hehehehehe.tapi yg berpengalaman dapat jer ikan.

Kembali cerita KELONG. Ok, xtvt ni terdiri dari kalangan kelab belia.otai2 pun ada ikut.baguskan hubungan sesame mereka. Yang junior dan senior berada di dalam saTu xtvt. Bole diberi pujian!

Lokasi kelong adalah di KELONG SEMPANG PANTAI MELIMAU (rasanya betol lokasi ni..hehe)@ KELONG KADIR (pakcik jaga kelong tu nama-nya kadir) ini adalah cadangan xtvt dari abas ( 2 3 kali dah g kelong tu, jadi dia ajak budak2 tdk rasa g kelong). Kos kelong yang disewakan adalah RM 600.

Berapa lama kat sana?kami g seminggu! Hahaha..tidak lah.. 24 jam sahaja (tido semalam )hehehehe;)

Seramai 20 orang telah mengikuti xtvt ini tetapi salah seorang ahli terpaksa membatalkan xtvt kerana neneknya meninggal dunia (AL FATIHAH untuk nenek al-hafizi)sewaktu kami 15 minit bergerak dr taman desa keramat.

Maka kami meneruskan perjalanan ke Melaka seramai 19 orang dan Alhamdulillah perjalanan pegi dan pulang dengan selamat. Ditemani permainan walkie- talkie pemecah kebuhsanan sepanjang perjalanan pergi dan balik. Masing2 buat lawak dan teka teki bengong.seronok melayan kemesraan kejiranan taman desa keramat ni ;) mereka berkawan sejak kecil jadi bahan lawak dan kene mengena memang jadi isu utama.fafa tukang gelak dan sibuk jer dalam ini permainan ;)

Kitaorang g dengan 4 buah kereta. 2 myvi (wakil perodua) dan 1 perdana & 1 exora(wakil peroton).belilah kereta buatan malaysia..hehehee ;)

Ahli2 masyarakat dipecahkan dalam kumpulan2.(KONGSI2 DUIT MINYAK DAN TOL)
Kereta 1- abas, aan, aiman dan fafa (pemandu arah)
kereta 2 – amy, kak faizah, amar, uje dan nyamok (sweeeeper)
kereta 3 – udin, adik udin, aman
kereta 4- shah’s family –ayah koyok, father in law ijam, koyok,ijam & wife,bohe,abg joe.

Perjalanan kami sedikit kelaka kerana suka main U-TURN ..maksudnya ada salah2 jalan.hehehehe.walaubagaimanapun perjalanan yang diambil bertepatan dengan jangkaan masa.

Sesampai di sana, kami berkumpul dan loading barang2.jadi ada 2 kali trip nak ke kelong.nak ke kelong tu kene naik bot! yes..suke! tapi ta suke jurugambar satu pun tak naik sama dengan kitaorg yang g trip 1st ni..sabotaj la tu..hehehehe..

Sume orang berkumpul dengan muka menahan terik matahari.siriyes cakap sun-burn!hahaha. tapi fafa tak lah terbakar sgt sebb duk memasak kat sana.maaflah kalu tak sedap yer..huhuhu..fafa bukan pemasak professional.

Adegan2 memancing memang menggelikan hati.kemain bersorak!paling hebat abg joe hampir menaikkan ikan pari.yang lelain sume berjaya naikkan ikan ‘’GLEMer’’ @ GELAMA sebenarnya..ha, yayang saya pun dapat ikan glemer tu.siap main tangkap ketam kat bawah kelong.hahahaha

Nak g kelong ni kene tahan sikit lah..maksudnya tak mandi.tapi fafa mandi menggunakan sebotol air mineral.nak cuci muka pun kene jimat2 air.hehehe.. toilet dkt kelong (toilet hanyut – maksudnya apa yang korang buang tu, terus hanyut ke dalam air laut yang terbentan luas.bayangkan kalu membuang besar?hahahaha..euwwwww!)basuh membasuh bilas membilas sumenyanya menggunakan air laut sahaja.hehehe.

Bilik tido?ada disediakan 2 bilik..dapur masak pun ada.best kan?tp fafa tido area kelong tu.sejuk dapat angin laut.bergelimpangan dalam sleeping beg..fafa kat sana masak, makan, tgk org pancing, mengelamun, amik gambar dan tido.tido.opssss banyak tido rupanya!hahahahaha.

Kat sana masak simple jer.ta bole bawah haiwan darat.petua memancing katanya.ikutkan shj. Menu di sana adalah :

Lunch -nasi putih, ikan selar kuning masak sambal, kobis goreng.
Diner – nasi putih,tom yam, kobis goreng, sardine(yang ni otai masak)hehehe
Breakfast – bihun goreng & nasi goreng ( salty!)hahahaha
Lain2- adalah meggi, jajan,roti2.hehehe

Sebelum pulang, kami tak lepaskan peluang Sesi gambar bergambar. Tapi sepanjang xtvt,  Fafa dan aiman menang ber-gambar jer.hehehehe..

Mcm biasa sebelum beredar dr kelong kene naik bot utk sampai balik kat pengkalan.bawa turun barang dan kami bersetuju utk jalan2 di Melaka. Tapi hanya kete 1 dan kete 2 shj ikut.

Kami bersihkan diri kat masjid negeri Melaka (masjid al-azim) dan meneruskan perjalan ke pantai klebang minum petang. Minum cendol gula Melaka, cucur udang, goreng pisang, tempe goreng cicah sambal itam, cendawan goreng dan disertai buah-buahan iaitu manggis dan mata kucing! Ok, perot sume orang buncit!!!!hhahaha tapi kami menambahkan kemaksimuman perot-perot kami dengan memakan asam pedas di Bandar hilir. Asam pedas ikan dan asam pedas daging tetel termasuk siput sedutttt! Kesimpulan fafa gemok utk itu hari! Blum lagi makan buah dlm kete!haishhhh rosak diet!

Tapi apa2 pun sgt Seronok!

Pulang ke kl dan berkumpul kembali di surau nurul ihsan tdk membersihkan peralatan dan mengagihkan ikan2 glemer..amar paling suke ikan glemer ni!(macam kerasukan bila joran dia dpt ikan glemer ni).tapi segala kenangan dan peristiwa tak dapat dilupakan. Lepas ni ke kelong mana plak?tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Thursday, July 14, 2011

rajah berwajah-wajah


Chill –chill mount rajah! Ini bukan chill lagi, tapi kill kill & die die!hahaha..

rasanya trip kali ni trip lenggang santai,mabuk makan dan kami bersantai habis..orang dah gerak kami masing2 bersantai2, makan2 dan tido2..relax lah kan?tak lari gunung dikejar.dia tunggu kita sampai ke tak je ;)..Orang lain rasanya macam berlari tapi konsep kami adalah “5 minit setapak” (jalan 30 minit rest pun mesti 30 minit) hahahaha..bagi laluan sapa nak jalan..silakan..kami?jalan jugak.. Nampak je kami lambat tapi kami simpan ‘’aura kura-kura emas’’!hehehehe.



Trip kali ni amat lah ramai..lebey 40 orang kot sbb open event dr wild juctions..bertemu lagi en amri dan en.mustakim..ada beberapa group..jadi fafa n FOC seramai 6 orang shj.. di sana ketemu semula sahabat gunung iaitu abang chik n the geng..dia bawa hero dia.. Dan trip kali saya bertemu rakan gadis baru..ayu,dayah..ada lagi beberapa orang tp tak sempat nak kenal.takpe, next time.. xtvt kali ini adalah pertemuan rakan2 yang sumenya dari FB.

Jumpa di genting sempah dengan gorup2 yang lain..pastu g  tapaw makan di pekan raub lalu bergerak terus ke lokasi air terjun chamang.parking kereta lepas tu tido terlentang di tgh laman berbungkuskan sleeping beg. Pagi2 bangun lalu ber-siap2, dgr taklimat lantas wat stretching bersama-sama masyarakat sekelian.sesi ber-kenalan secara tak langsung.

Mengambil foto-foto-an dan memulakan perjalanan. Ok, perjalanan menaiki bukit untuk menuju ke jalan balak yang buhsan ;) Jalan dan jalan yang memang berjalan sahaja di awal perjalanan.
Ini adalah log perjalanan ke gunung rajah!

AIR TERJUN CHAMANG - RUMAH ORANG ASLI - 1/2 jam 

RUMAH ORG ASLI - KEM SITE PERTAMA - 1 jam 

KEM SITE PERTAMA - CROSS SG PERTAMA 1/2 jam 

CROSS SG PERTAMA - AIR TERJUN NANING - 1/2 jam

AIR TERJUN NANING - PUNCAK PERMATANG, 3 jam 

PUNCAK PERMATANG - LAST WATER POINT - 1 jam 

LAST WATER POINT - PUNCAK RAJAH- 1/2 jam


Mari bercerita tentang gunung rajah!
Gunung Rajah (Bentong) yang terletak di Bentong,, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,685 meter (5,526 kaki).Gunung Rajah (Bentong) mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.pada tahun 2004,gunung ini mendapat tumpuan ramai kerana satu kumpulan pendakian yang mendaki gunung ini telah ditimpa petir,dua orang telah meninggal dunia.
Info Gunung Rajah, Bentong, Pahang 
Gunung Rajah ini, satu-satunya gunung di Bentung. Negara pernah gempar dengan berita pendaki-pendaki dipanah petir di puncak gunung ini suatu masa lalu.


Air Terjun Camang
Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan berturap ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini. 


Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.
Setengah jam berjalan pendaki akan melintas satu penempatan baru orang asli, trek balak agak mendaki sedikit, awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti trek ke gunung memandangkan ada beberapa simpang disini.

Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek. Beberapa minit perjalanan seterusnya ada satu simpang denai tidak jauh disebelah kiri. 

Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini. Awas juga, air sungai ini akan menjadi deras apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai lagi disini seperti huruf Y. 


Air Terjun Naning/Nading
Air terjun ini merupakan checkpoint seterusnya kira-kira setengah jam dari cross sungai pertama. Kem site berada seberang sungai di bahagian atas air terjun Naning berdekatan dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat. 

3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.


Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.


Puncak G. Rajah
Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah batuan di puncak. 




FOTO-FOTO
muka2 ceria yer sebelum pewaiiii!hahaha


nuang OH nuang~

Bila Mengimbas Kembali Pengalaman Di Gunung Nuang, Saya Rasa Kelaka Pun Ada! Siriyes!

1st (30 april -1 mei 2011)
Mula-mula Ke Nuang Sewaktu Kami Meninjau Tapak Lokasi Untuk Perkhemahan Kelab Belia Tdk. Waktu Tu Fafa, Aiman, Pizi Dan Adib Jer Yang Rajin Nak Tinjau Meninjau..Xtvt Ke Sana Memang Santai.Hala Tuju Tersasar Kerana Kami Hanya Berkhemah Di Kem Lolo Tanpa Meninjau Puncak Nuang Ketika Itu.Hahahaha..

Memulakan Dengan Berjalan..Gila Penat!Siriyes Cakap Ni..Perjalanan Dia Agak Buhsan Di Tambah Plak Kontur Muka Bumi Yang Turun Naik Turun Naik..Memang Wat Sesak Dada!Kekekeke..Tapi Kami Berjaya Menghabiskan Perjalan Hingga Ke Kem Lolo.









Bermalam Di Sana Dan Fafa Diserang Oleh Sang Tikus Nuang! Ngeriiiiiiiiiiiiiii..Dia Main Rambut Fafa..
macam ni ke rupa tikus nuang?hahahahaha


Belum Lagi Katak Masuk Dalam Sleeping Beg..Lagi Lah Huru Hara..Fafa Jerit Dan Sume Orang Terjaga Dan Kumpulan2 Lain Jadi Cuak!Hahahahahahaha…

2nd -( 3 june - 5 june 2011)
Untuk Kedua Kalinya..Cerita Ni Panjang Sikit Dan Sgt Drama Sekali! Sgt Tak Dilupakan..Xtvt Kali Ni Disertai 40 Orang Yang Terdiri Dari Ahli Kelab Tdk.Gila Semangat!Dan Semangat Budak2 Ni Yang Wat Fafa Teruja..Kami Memulakan Perjalan Selepas Yang Laki2 Semayang Jumaat..Dibahagikan Kepada Beberapa Kumpulan Untuk Memudahkan Kami Menyusun Atur Manusia Yang Sumenya Berakal..Ada Yang Hilang Akal Tau..Hahahahahaha…Membawa Motosikal! Bayangkan~Kekekekeke.Mari Fafa Kisahkan Cerita2 Tragis Dan Lucu!Kekekekeke…

Kisah 1
Pizi, Amar, Abas, Aman, Fendi..Ni Adalah Group Tegar Lagi Berbisa!Diorg Dah Gerak Awal Selepas Jam Subuh.Membawa Peralatan Yang Rasanya Sangat Lengkap Untuk Sebuah Rumah..Terbaik!Siap Wat Gadget Bagai.Fafa Menyeringai Suke!Senang Nak Masak;)Hehehehe..

Kisah 2
Aiman, Fafa, Zaim, Nik, Aus, Amy , Kak Faizah, Enas, Echa & Hamka.Kami Semua Membawa Peserta.Kesian Budak2 Ni.Membawa Barang2 Berat.Tp Ada Antara Budak2 Ni Atlit Sekolah. Jadi Sumenya Aktif Macam Cacing Kepanasan Sikit.Kekekekeke..Dan Di Dalam Group Ni Lah Ada Encik Pembawa Moto! Barang Berat Mcm Dia Adalah Pendaki Terbaik Tapi Menggunakan Kuasa Lain Untuk Sampai Ke Campsite.Mana Aci Oiiiii!Hahahahahhahaha..

Kisah 3
Sampai Di Campsite Masing2 Mendirikan Khemah Dan Fafa Mcm Biasa Menjadi Tukang Masak.Dan Kali Ini Seronok Sebab Dibantu Oleh Rakan Wanita!Yeaaa;) Nasi Abas Dah Siap2 Masak!Tq~ Yang Terdemam, Tertido Yang Tersakit Bahu Sumenya Ada.Masing2 Punya Cerita;) Dan Malam Itu Kami Diserang Tikus Nuang! Kemain Suke Si Tikus-Tikus Ini..Dan Berjaya Mengoyakkan Khemah!Gila Tajam Gigi Tikus!Hahahaha

Kisah 4
Kami Bahagikan Kumpulan Untuk Group Ke Puncak Dan Group Di Campsite..Yang  Naik Kepuncak Kerah Lah Tenaga Sampai Habis.Yang Group Campsite Beraktiviti Membuat Gadget Da Nada Yang Kata G ‘Menebang Pokok! Kelaka Budak2 Ni.Tp Alhamdulillah Semuanya Terurus Walaupun Bukan Semuanya..

Kisah 5
Kami Berjaya Menawan Puncak Nuang! Dan Fafa Wakil Untuk Wanita Lagi..;)

Tragedi 1
Kami Kehilangan 3 Orang Budak Sewaktu Pulang Menuruni Puncak.Kehilangan Mereka Disedari Oleh Fafa Apabila Fafa Buat Check List Untuk Grouping..Team 1 Oleh Nik, Team 2 Oleh Fafa Dan Team 3 Oleh Aiman Dan Tidak Tertoleh Oleh Kami Bertiga Bila Kami Kehilangan Mereka! Kes Ikut Kepala Sendiri Lah Ni..Macam2 Hal! Fafa N Nik Wat Keputusan Hantar Budak2 Yang Ada Pada Tanggungan Kami. Dan Berpatah Semula Ke Kem Lolo Untuk Cari Budak2 Ni..Masyarakat Di Bawah Sudah Riuh Sekampung..Huhuhu..Alhamdulillah Fafa N Nik Jumpa 3 Budak Ni, Baru Lepas Mandi Manda…Adoiiii Rasa Nak Sepak!Kekekeke.Tapi Fafa Sabarkan Jer.Muka Memang Bengang Giler..Hari Pun Dah Gelap.Jadi Wat Keputusan Tunggu Group Aiman Untuk Gerak Sekali Ke Campsite Sebab Kekurangan Cahaya..Kesian Group Aiman Sebab Ingat Nak Sambut Ketibaan Tapi Disambut  Dengan Permasalahan.Ni Lah Jadinya Kalu Tak Dengar Cakap Dan Buat Keputusan Sendiri.Ingat Hutan Ni Macam Klcc Ke?Haoiyoooooooooo…Alhamdulillah Dengan Izinya Kami Berjaya Mengatasi Masalah Dan Yang Penting Semuanya Selamat..Anak Orang Oiii..Risau Berkali Ganda Kalu Pikul Tanggungjawab Bawa Naik Gunung!

Tragedi 2
Shomel Sumenya.Walaupun Penat Mendaki Masih Boleh Beraktiviti,’Ber-Messe Belle’ Di Hutan Dan Di Ajar Ilmu Ikatan2. Xtvt Burung Hantu Tak Kami Laksanakan Sebb Factor Alam Sekeliling.Harap Sedia Maklum ;)

Tragedi 3
Ini Betul2 Tragedi Nuang! Gila.Betul2 Gila.Tp Dijadikan Pengajaran Dan Renungan Pada Masa Akan Datang.Salah Seorang Yang Telah Membawa Kuasa Moto Itu Telah Jatuh Pengsan(Tatau La Pengsan Ke Tidak)Kekeke.Malas Nk Citer Lah Plak.Tp Disebabkan Mangsa Keadaan Sgtlah Jadi Huru Hara.Tragedi Ini Siap Dengan Pakej Stretcher!Macam2 Sgt Lah..Hahahahha Lagi..Hhahahaha.Dan Kami Yang Penyelamat Merasa 4wd Jpam.Tapi Pe2 Kenangan Yang Ada Akan Kami Simpan Sebagai Cerita-Cerita Di  Masa Akan Datang.

Tagline Tragedi : “TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEHIDUPAN BARU” ketawa golek-golek!hehehehe..



















TAHNIAH KEPADA KELAB BELIA TDK.pasni  ke gunung lain ;) yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Info.zone.info

Gunung Nuang (1493m), Selangor
There Are Three Hiking Routes To The Peak And All Of Them Were Built By Malaysian Department Of Wildlife And National Parks. Two Of Them Start In Selangor; One At Kuala Pangsoon In Hulu Langat And Another At Kampung Kemensah In Gombak. The Third Path Originates From Bukit Tinggi In Bentong, Pahang. Genting Highlands Is Visible At Night From The Peak.
- Information Above Is Extracted From Wikipedia -

Gunung Nuang (1493m) Via Pangsoon, Hulu Langat
Ranger Station
Report To The Ranger Office There Before You Start Your Hike.
1. Let Them Know How Many People Are In Your Party, Which Are Your Cars, And When You Are Expected Back.
2. You Will Have To Pay Rm 1 Per Hiker.
3. Take Your Ticket/Receipt And Write Down The Phone Number Of The Ranger On Duty. This Will Be Very Useful Especially If You Have An Emergency Within Your Group. The Rangers Are Very Used To ‘Rescuing' Unprepared Hikers And Hikers Who End Up In Janda Baik.
Best To Start Hike From The Office At 7.30am, If You Want To Make It Back Before Dark.


What To Bring

Compulsory Items - Day Hike
1. Water In Easy To Carry Method, 1.5 - 2 Liters (Camelbak Highly Recommended)
2. Food: Munchies, Trial Mix/Energy Bars, Lunch, Etc. (Powerbar Or Gel)
3. Headlamp Or Torchlight In Case Of Emergency.
4. Mosquito Repellant

Tips
1. Wear Good Trekking Shoes And Thick Coolmax Socks, If You Don't Want Blisters!
2. Bring A Pair Of Trekking Poles If You Have Knee Problems (Seriously!)
3. You Can Wear Shorts And Sleeveless, But It May Get Very Cold If It Rains.
4. Bring A Poncho Or Rain Jacket And Rain Cover For Your Backpack.
5. Sandals - If You Want Dry Shoes. There Will Be Two Ankle/Knee Deep River Crossings At The Camping Sites.
6. First Aid Kit & Pocket Knife If You Have One.
Leech Factor : 1 (Not Very Many Unless You End Up In Janda Baik, Factor 5)
You Can Leave Your Change Of Cloths & Extra Water/Food In The Car. Make Sure You Car Has A Full Tank Of Gas Before You Go Into Hulu Langat. Petrol Is Hard To Find In Pangsoon. Keep Your Car Keys At The Top Of Your Pack So You Can Find It Easily.

The Trail
The Trail Is Simple To Follow Most Of The Way But Can Get To Be Very Steep. You Will Need Energy. Generally, You Want To Carry As Little As Possible Yet Not Starve Or Freeze To Death. A Light Pack Is A Good Option.
Start Your Hike From The Main Office On Old Logging Road. There Is An Obvious Split In The Road After A 100m Or So. Keep Right On This Main Logging Road And Walk Pass Beautiful Fir Trees (This Is The ‘Salem High Country' Road Which You Will Look Forward To On Your Way Out!).


Section 1: Old Logging Road. Mild Terrain. Undulating Trail. Est.Time: 45mins - 1hr 30mins. You Will End Up At A Cement Hut.


Section 2: Take The Trail In By Following The Water Pipeline. You Will Cross Two Small Streams By Stepping Stones. This Trail Goes Up To A Water Pump Station. Nice Rest Stop. Est.Time 2hrs From Car Park.This Section Is The ‘Lolo Waterfall Campsite' (You Can Also Find Directions To This Campsite In Waterfalls Of Malaysia Online Directory)
Walk Across The Wall And The Path Continues On Your Left By The River. You Will Pass A Few Campsites Near The Water Edge. The First Ankle/Knee Deep Crossing Will Take You To A Campsite With A Row Of Obvious Tent Pits. Walk Directly Towards The Other End.
Look Across The River And You Will See A Large Wooden Hut. This Next River Crossing Is Your Last Water Source (Don't Drink Directly From River. Make Sure You Filter The Water & Disinfect It Before Drinking). Once At The Hut, Get Ready For Some Serious Hiking! There Will Be No More River Crossings After This. Est. Time To Reach Hut, 2hrs 30 Mins From Car Park.


Section 3: From The River, The Trail Starts On Your Left (Hut Is On Your Right Side). This Muddy Trail Section Can Hide A Few Leaches. Watch Out For Mud Slides. Some Fallen Trees And Bamboo Will Cross The Path. After 10-15 Mins, The Trail Opens Up To The Infamous ‘Evil Red Earth' Section. This Uphill Section Continues For About An Hour! You Will Finally Reach The Last Campsite ‘Kem Pacat' Before The Peak.


Section 4: After The Red Earth Section, You Will Hit The Camp Clearing Known As ‘Kem Pacat'. The Only Water Source For Kem Pacat Is A Long Way Down. You Can Almost Hear The River. You Will Probably Only Visit This Water Source If You Are Camping Or Really Desperate For Water.
Go Directly Across The Campsite And Look For The Trail Leading Up. The Jungle Hike Becomes A Tree-Root And Rock Scramble. Follow The Rocky Trial To The Top. You Will See A Big Tree! J This Is The ‘False Peak'. The Path Goes Left Behind The Big Tree. Est. Time 1hr From Kem Pacat To False Peak.


Section 5: You Will Head Down Hill A Little And Come Across A Big Muddy Patch. After This, It Is A Nice Ridge Walk Until You Hit Another Rocky Scramble To The Peak! Est. Time 30mins - 40 Mins To The Peak Of Gunung Nuang!

Caution:
The Trail Forks At The "False Peak". You Want To Go Left And Proceed To The Actual Peak. (Turning Right Will Take You To Janda Baik...Which Is When You May Need Your Torchlight And Leech Protection). Turn Back If You Do Not Feel You Are On The Right Path.

The Trail (Up Hill)
1.5 Hours Logging Trail From Parking Lot (Fast Time, 1 Hour)
30 Mins River Crossings At Campsites (Fast Time, 10 Mins)
1- 2 Hours Evil Red Earth Section (Fast Time, 45 Mins)
1 Hour Rocky Section & Tree Root Scramble (Fast Time, 30 Mins)
40mins From "False Peak" To Real Peak (Fast Time, 20 Mins)
Avg. Time Going Up = Under 6 Hours, Fast Time = Under 3 Hours.
Record Time For G.Nuang Up And Down Is Around 2 Hrs 45 Mins.
Same Path Down And Back To Parking Lot.
If You Take More Than 6 Hours Going Up, You Should Turn Back Even Before You Reach The Peak. It Is Advisable To Turn Back At 1:00pm No Matter Where You Are If You Are Taking A Long Time Going Up. It Will Take You Just As Much Time To Hike Down. Sometimes It Gets Dark In Nuang By 5pm Or Earlier If It Rains.
If You Summit, You Should Start Heading Down By 2:00pm, If You Want To Make It Out Before Dark. (If You Plan To Run Down, You Can Leave The Summit At 3pm). It Gets Very Dark Under The Canopy By 6pm And You Will Need Headlamps.
If You Turn Back, You Should Plan To Meet At The Lolo Pump House And Walk Back On The Logging Road To The Car Together. Head Count Before You Leave The Trail.
Remember To Report Back To The Office To Let Them Know You Are All Out And Safe.
Cheers! Go Conquer Gunung Nuang.
Source File: Corezone



Wednesday, June 1, 2011

doa masuk hutan

As salam,

fafa nk berkongsi ilmu yang paling bagus ni...smlm fafa mendapat ilmu yang sgt baik dari rakan-rakan kelab belia TDK..mahu berkongsi dengan U OLLS..nak masuk hutan nak redah2 ni kita kene jaga adab..korang mesti tau kan?kerana mulut badan binasa...jadi adab dan tatacara perlu di jaga ketika dihutan,,itu mesti ingat!!!!!

info.zone.info
untuk geng yang masuk hutan ;)..ini adalah doanya..semoga di amalkan ketika pergi kemana2 temapt yang U OLLS redahi ;)


DOA MASUK HUTAN



wahai wanita!aktif.aktif.aktif.

petikan dari KOSMO! 

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR 


Kekal aktif ketika haid



Kitaran haid anda normal dan kadar pendarahannya seperti biasa? Jadi, jangan ragu-ragu untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti bersukan. 

 
PRESTASI seseorang terganggu jika mengalami pendarahan yang banyak. 

KENYATAAN yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh bergiat aktif ketika haid adalah mitos semata-mata. Sebaliknya jika kitaran haid seseorang wanita itu normal dan kadar pendarahannya seperti biasa, mereka masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, bersukan dan sebagainya. 

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak. 

 
WANITA yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal dan menopaus lebih bermasalah. 

"Wanita bebas untuk melakukan apa sahaja ketika haid. Sama ada mereka ingin bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sebagainya, ia terpulang kepada mereka. "Cuma jika seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak normal atau mengalami pendarahan yang banyak, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi wanita berkenaan. 

"Namun jika haid mereka normal setiap bulan, ia tidak menjadi masalah," kata Jamiyah kepada KOSMO! ketika dihubungi. Tambah Jamiyah, aktiviti lasak yang dilakukan oleh seseorang wanita, bukan punca yang menyebabkan pendarahan mereka bertambah atau tersekat-sekat. 

"Sebenarnya mengikut sains, darah tersebut terkumpul di bahagian atas vagina dan jika ia keluar dalam bentuk berketul-ketul dalam jumlah yang banyak, ia merupakan satu proses semula jadi. "Oleh itu saya ingin tekankan bahawa aktiviti lasak yang dilakukan seseorang wanita bukanlah penyebab kepada masalah tersebut." 

Selain itu, walaupun kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal wanita akan merosot apabila tiba waktu haid, ia tidak dihadapi oleh semua wanita. Hormon yang dirembeskan sewaktu tiga peringkat kitaran haid mungkin mencipta perbezaan dalam prestasi yang dipamerkan. 

Antara hari pertama hingga hari ke-13, tahap estrogen lebih rendah. Tetapi apabila folikel mula membesar dalam ovari, tahap estrogen akan meningkat. Ketika proses pengovulan, biasanya pada hari ke-14, lebih banyak hormon akan dibebaskan. Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron meningkat manakala tahap estrogen mula menurun. 

 
SEIMBANGKAN sumber yang hilang dengan pemakanan sesuai. 

Dalam terma aturan senaman, sebahagian wanita melaporkan bahawa dua minggu pertama kitaran haid, rentak kerja atau prestasi mereka adalah lebih baik sementara dalam tempoh dua minggu berikutnya, ia menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya. 

Individu yang berbeza terjejas oleh faktor hormon pada tahap berlainan. Menurut Pensyarah dan Penyelidik Psikologi Senaman di Universiti Leeds, England, Dr. Karen Birch, beberapa individu memberi tindak balas teruk kepada perubahan hormon. 

Tetapi ia tidak terjejas buat atlet profesional. Sebaliknya wanita yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal atau menopaus lebih berbermasalah. Rosalyn Carbon, doktor untuk pasukan triatlon Britain bersetuju bahawa atlet profesional kurang terjejas disebabkan oleh perubahan hormon. 

"Melalui pengalaman saya, atlet profesional kurang menghadapi masalah akibat perubahan hormon berbanding wanita dalam populasi umum. Sebahagian wanita merasakan mereka perlu berehat ketika haid tetapi ada juga yang tidak. 

"Kebanyakan atlet wanita mendapati, disebabkan haid, mereka kurang berminat bertanding dalam kejohanan utama. Bagi wanita tersebut, kami cadangkan supaya mereka mengambil pil kontraseptif. "Mereka juga boleh mengambil ubat yang disahkan penggunaannya untuk atlet yang tidak mahu pendarahan mengganggu mereka dalam pertandingan di peringkat kebangsaan." 

Di samping itu, wanita yang mengalami kitaran haid, perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk mengurangkan simptom prahaid dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik. Menurut Jamiyah lagi, wanita yang datang haid kehilangan zat besi. Namun jumlahnya tidak banyak. 

"Kebiasaannya, seseorang wanita itu secara purata akan kehilangan 80 mililiter (ml) darah setiap bulan ketika haid. Jumlah zat besi yang hilang yang terdapat dalam darah itu pula amat sedikit. "Bagi wanita yang mengalami pengaliran darah yang banyak, contohnya melebihi 80 ml untuk setiap kitaran haid, ia juga masih boleh dikategorikan sebagai kehilangan zat besi dalam jumlah sedikit. 

"Bagaimanapun, tidak salah jika seseorang wanita itu mengambil langkah untuk menambah atau menyeimbangkan zat besi yang hilang dengan mengambil pemakanan yang sesuai. "Contohnya, mereka digalakkan memakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, organ-organ dalaman seperti hati, limpa atau sayur-sayuran hijau. 

"Tetapi untuk makluman, sayur-sayuran hijau seperti bayam atau kekacang mempunyai kadar kandungan zat besi yang amat sedikit. 

 
KITARAN haid yang normal tidak menjejaskan mereka yang melakukan apa-apa aktiviti. 

"Oleh itu jika wanita yang kehilangan banyak darah, mereka disyorkan supaya mengambil pil zat besi untuk mempercepatkan proses pertambahan nutrien tersebut. "Bagaimanapun harus diingatkan bahawa jika mereka mengambil pil itu sejam sebelum makan, mereka harus menghindari telur, tauhu, kubis, teh dan susu bagi mengelak kehilangan zat besi yang ada dalam pil tersebut. 

"Sia-sia sahaja jika mereka mengambil pil itu tetapi makan makanan seperti yang disebut di atas kerana ia akan bercantum dan diserap oleh usus," jelas Jamiyah. Apa yang pasti, ujar Jamiyah setiap wanita mempunyai persepsi berbeza mengenai haid dan mereka sebenarnya banyak terpengaruh dengan mitos yang mengatakan tidak boleh bergiat aktif dalam tempoh tersebut.

panduan : amalan dalam islam

p/s: moga boleh mjadi panduan pd kite semua...:) 

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita. 
3) Berada dalam keadaan terl alu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas. 
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam. 
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. 
Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan. 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut. 
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam). 
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. 
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya. 
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. 
 WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan. 
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung. 
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. 
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh. 
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan. 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang/salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram. 
5) Banyak menangis.