Wednesday, June 1, 2011

doa masuk hutan

As salam,

fafa nk berkongsi ilmu yang paling bagus ni...smlm fafa mendapat ilmu yang sgt baik dari rakan-rakan kelab belia TDK..mahu berkongsi dengan U OLLS..nak masuk hutan nak redah2 ni kita kene jaga adab..korang mesti tau kan?kerana mulut badan binasa...jadi adab dan tatacara perlu di jaga ketika dihutan,,itu mesti ingat!!!!!

info.zone.info
untuk geng yang masuk hutan ;)..ini adalah doanya..semoga di amalkan ketika pergi kemana2 temapt yang U OLLS redahi ;)


DOA MASUK HUTAN



wahai wanita!aktif.aktif.aktif.

petikan dari KOSMO! 

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR 


Kekal aktif ketika haid



Kitaran haid anda normal dan kadar pendarahannya seperti biasa? Jadi, jangan ragu-ragu untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti bersukan. 

 
PRESTASI seseorang terganggu jika mengalami pendarahan yang banyak. 

KENYATAAN yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh bergiat aktif ketika haid adalah mitos semata-mata. Sebaliknya jika kitaran haid seseorang wanita itu normal dan kadar pendarahannya seperti biasa, mereka masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, bersukan dan sebagainya. 

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak. 

 
WANITA yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal dan menopaus lebih bermasalah. 

"Wanita bebas untuk melakukan apa sahaja ketika haid. Sama ada mereka ingin bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sebagainya, ia terpulang kepada mereka. "Cuma jika seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak normal atau mengalami pendarahan yang banyak, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi wanita berkenaan. 

"Namun jika haid mereka normal setiap bulan, ia tidak menjadi masalah," kata Jamiyah kepada KOSMO! ketika dihubungi. Tambah Jamiyah, aktiviti lasak yang dilakukan oleh seseorang wanita, bukan punca yang menyebabkan pendarahan mereka bertambah atau tersekat-sekat. 

"Sebenarnya mengikut sains, darah tersebut terkumpul di bahagian atas vagina dan jika ia keluar dalam bentuk berketul-ketul dalam jumlah yang banyak, ia merupakan satu proses semula jadi. "Oleh itu saya ingin tekankan bahawa aktiviti lasak yang dilakukan seseorang wanita bukanlah penyebab kepada masalah tersebut." 

Selain itu, walaupun kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal wanita akan merosot apabila tiba waktu haid, ia tidak dihadapi oleh semua wanita. Hormon yang dirembeskan sewaktu tiga peringkat kitaran haid mungkin mencipta perbezaan dalam prestasi yang dipamerkan. 

Antara hari pertama hingga hari ke-13, tahap estrogen lebih rendah. Tetapi apabila folikel mula membesar dalam ovari, tahap estrogen akan meningkat. Ketika proses pengovulan, biasanya pada hari ke-14, lebih banyak hormon akan dibebaskan. Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron meningkat manakala tahap estrogen mula menurun. 

 
SEIMBANGKAN sumber yang hilang dengan pemakanan sesuai. 

Dalam terma aturan senaman, sebahagian wanita melaporkan bahawa dua minggu pertama kitaran haid, rentak kerja atau prestasi mereka adalah lebih baik sementara dalam tempoh dua minggu berikutnya, ia menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya. 

Individu yang berbeza terjejas oleh faktor hormon pada tahap berlainan. Menurut Pensyarah dan Penyelidik Psikologi Senaman di Universiti Leeds, England, Dr. Karen Birch, beberapa individu memberi tindak balas teruk kepada perubahan hormon. 

Tetapi ia tidak terjejas buat atlet profesional. Sebaliknya wanita yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal atau menopaus lebih berbermasalah. Rosalyn Carbon, doktor untuk pasukan triatlon Britain bersetuju bahawa atlet profesional kurang terjejas disebabkan oleh perubahan hormon. 

"Melalui pengalaman saya, atlet profesional kurang menghadapi masalah akibat perubahan hormon berbanding wanita dalam populasi umum. Sebahagian wanita merasakan mereka perlu berehat ketika haid tetapi ada juga yang tidak. 

"Kebanyakan atlet wanita mendapati, disebabkan haid, mereka kurang berminat bertanding dalam kejohanan utama. Bagi wanita tersebut, kami cadangkan supaya mereka mengambil pil kontraseptif. "Mereka juga boleh mengambil ubat yang disahkan penggunaannya untuk atlet yang tidak mahu pendarahan mengganggu mereka dalam pertandingan di peringkat kebangsaan." 

Di samping itu, wanita yang mengalami kitaran haid, perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk mengurangkan simptom prahaid dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik. Menurut Jamiyah lagi, wanita yang datang haid kehilangan zat besi. Namun jumlahnya tidak banyak. 

"Kebiasaannya, seseorang wanita itu secara purata akan kehilangan 80 mililiter (ml) darah setiap bulan ketika haid. Jumlah zat besi yang hilang yang terdapat dalam darah itu pula amat sedikit. "Bagi wanita yang mengalami pengaliran darah yang banyak, contohnya melebihi 80 ml untuk setiap kitaran haid, ia juga masih boleh dikategorikan sebagai kehilangan zat besi dalam jumlah sedikit. 

"Bagaimanapun, tidak salah jika seseorang wanita itu mengambil langkah untuk menambah atau menyeimbangkan zat besi yang hilang dengan mengambil pemakanan yang sesuai. "Contohnya, mereka digalakkan memakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, organ-organ dalaman seperti hati, limpa atau sayur-sayuran hijau. 

"Tetapi untuk makluman, sayur-sayuran hijau seperti bayam atau kekacang mempunyai kadar kandungan zat besi yang amat sedikit. 

 
KITARAN haid yang normal tidak menjejaskan mereka yang melakukan apa-apa aktiviti. 

"Oleh itu jika wanita yang kehilangan banyak darah, mereka disyorkan supaya mengambil pil zat besi untuk mempercepatkan proses pertambahan nutrien tersebut. "Bagaimanapun harus diingatkan bahawa jika mereka mengambil pil itu sejam sebelum makan, mereka harus menghindari telur, tauhu, kubis, teh dan susu bagi mengelak kehilangan zat besi yang ada dalam pil tersebut. 

"Sia-sia sahaja jika mereka mengambil pil itu tetapi makan makanan seperti yang disebut di atas kerana ia akan bercantum dan diserap oleh usus," jelas Jamiyah. Apa yang pasti, ujar Jamiyah setiap wanita mempunyai persepsi berbeza mengenai haid dan mereka sebenarnya banyak terpengaruh dengan mitos yang mengatakan tidak boleh bergiat aktif dalam tempoh tersebut.

panduan : amalan dalam islam

p/s: moga boleh mjadi panduan pd kite semua...:) 

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita. 
3) Berada dalam keadaan terl alu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas. 
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam. 
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. 
Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan. 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut. 
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam). 
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. 
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya. 
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. 
 WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan. 
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung. 
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. 
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh. 
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan. 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang/salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram. 
5) Banyak menangis.

susun atur barang2 dalam HAVERSACK!

INFO.ZONE.INFO.ZONE :


" Menyusun Barang Ke Dalam Haversack"

Susunan barang-barang ke dalam haversack adalah sangat penting bagi mengelakkan beg terasa berat dan tidak stabil. 

Beg yang tidak disusun secara betul di dalamnya boleh menyebabkan seseorang itu cepat penat, mudah cedera, kehabisan tenaga yang banyak dan peredaran darah yang tidak betul lebih-lebih lagi jika trip atau perjalanan membawa haversack tersebut panjang dan memakan masa yang lama.

Sedikit panduan yang boleh digunakan bagi menyusun barangan ke dalam haversack anda:-

1. Susun barang yang paling berat di atas dan sebolehnya hampir dengan bahagian belakang.

2. Beg tidur (Sleeping bag) selalunya di susun di bahagian bawah, kemudian diikuti dengan pakaian, makanan dan khemah.

3. Jika anda mempunyai beg kerangka dalam pastikan tiada benda tajam yang tertonjol di bahagian belakang anda.

4. Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya.

5. Simpan barang seperti alatan hujan, alas beg, beg air di dalam poket luar, kerana barang ini mungkin akan basah, Jadi anda haruslah memastikan ianya sentiasa kering.

6. Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh di simpan di luar beg.

7. Pastikan jika barang itu berat pastikan ianya tidak menghayun ketika anda berjalan kerana ianya boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan. Ini boleh menganggu kelancaran pergerakan dan boleh mengakibatkan anda terjatuh dan sebagainya.

8. Susunan beg anda seharusnya mempunya berat antara 1/5 hingga 1/4 dari berat badan anda.

9. Gunakan alas beg untuk mempastikan beg anda tidak basah ketika hujan.

10. Lindungi barang dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik kalis air. 
Juga tidak ketinggalan bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering.



artikal from Azmanzainal.com

pilihan bijak untuk HAVERSACK

INFO.ZONE.INFO.ZONE :


"Memilih Haversack Yang Terbaik" 

Ianya mestilah sesuai dengan bahagian belakang kita yang dikenali sebagai ‘Torso’. Untuk menentukan ukuran torso, anda perlulah berdiri tegak di mana kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada di bahagian bawah sekali di bahagian tengkuk biasanya terbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang. Untuk mencari titik akhir anda perlulah meletakkan kedua belah tangan anda di bahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan di antara ibu jari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda. Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46 cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46 – 51cm (18-20 inci) adalah sederhana dan sekiranya lebih 51cm (20 inci) adalah besar.

Selepas selesai menentukan saiz dan model yang diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi ke mana-mana kedai yang menjual alatan outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20 paun) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda.

Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda. Jika ianya terlalu rendah ia akan menganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ianya terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu di bahagian bahu. Pelindung alas pada talipinggang seharusnya membaluti di bahagian depan tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.

Tempat di mana pengalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada di bahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ianya menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan pengalas juga haruslah selesa tanpa menganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.
Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan pengalas-pengalas dan juga bahagian yang boleh diubahalihkan bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya.

Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khimat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan terutamanya di dalam kelab-kelab dan pertubuhan trekking.

artikal from Azmanzainal.com

apa G7?

INFO.ZONE.INFO.ZONE : "Gunung-Gunung G7"

Malaysia mempunyai pelbagai gunung dengan ketinggian dan cabaran yang berbeza antara satu sama lain. Bagi pendaki-pendaki gunung, istilah G7 dan G12 sangat popular di kalangan mereka bagi mengkategorikan gunung-gunung yang ada di Malaysia. Jadi apakah maksudnya gunung G7 dan G12 itu?

Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggian dan bilangannya.

Di bawah kategori gunung G7 ini adalah:-

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)


Gunung-gunung G7 ini juga terletak di sepanjang banjaran titiwangsa kecuali Gunung Tahan yang mana anda perlu mendaki beberapa gunung yang lain selain daripada G7 untuk sampai ke salah satu puncak gunung G7 tersebut.

Trip atau perjalanan gunung G7 kebiasaannya memakan masa yang lama kerana faktor geografinya. Dan kebiasaannya, pendaki-pendaki membuat pendakian sekali harung mengikut nama/pakej perjalanan seperti berikut:-

1. Kuala Tahan-Kuala Tahan: Gunung Tahan (8 hari)
2. Kuala Tahan-Merapoh: Gunung Tahan (6-7 hari)
3. Merapoh-Merapoh: Gunung Tahan (4 hari)
4. Transpeak @ TransTitiwangsa: Gunung Yong Yap + Gunung Korbu + Gunung Gayong + Gunung Yong Belar (6-7 hari)
5. Transpeak V2 @ Version 2: Gunung Yong Belar + Gunung Gayong + Gunung Korbu + Gunung Yong Yap (7-8 hari)
6. Gunung Chamah + Gunung Ulu Sepat (6-7 hari)

Trip-trip sebegini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi serta kekuatan mental dan fizikal. Latihan yang cukup sangat diperlukan bagi memastikan trip yang lama sebegini berjalan dengan lancar dan sekurang-kurangnya dapat meminimumkan kecederaan pendaki sekiranya berlaku.

Antara persediaan lain adalah:-

1. Makanan yang mencukupi (Optimum – tidak terlalu banyak sehingga terpaksa membawa beban yang banyak dan tidak pula terlalu sedikit sehingga kekurangan makanan kerana tenaga yang banyak diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang panjang/jauh)

2. Pakaian yang sesuai seperti kasut getah dan sebagainya. Diingatkan bahawa geografi gunung di Malaysia atau hutan hujan tropika adalah berbeza dengan gunung yang terdapat di sebelah barat atau selain hutan hujan tropika. Ini kerana, pemakaian kasut boot kadang-kadang tidak sesuai untuk trip seperti ini. Para pendaki terpaksa melintas sungai yang banyak, berjalan di permukaan tanah berselut dan berakar serta merangkak adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para pendaki gunung-gunung G7. Anda tidak memerlukan pakaian trekking yang banyak dan hanya memerlukan set yang sama ketika trekking. Ini kerana anda akan sentiasa berpeluh dan basah kerana hujan atau kelembapan di mana anda perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Ingat! Pakaian yang baik ketika itu adalah pakaian yang mudah kering, boleh nafas dan ringan.

3.Haversack yang sesuai dan kurang memberi kecedaraan. Terdapat banyak jenis beg haversack di pasaran samada murah ataupun mahal yang membezakan ia adalah kualiti.laburlah sedikit untuk haversack yang berkualiti dan pastikan anda membeli yang sesuai dengan anda. 

4. Kebersihan hutan hendaklah dijaga. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan trek dan gunung G7 masih terjaga dan tidak dikotori oleh sampah-sarap oleh pendaki yang tidak bertanggungjawab. Jadi, bersedialah untuk tidak membuang sampah, jagalah kebersihan walaupun sekecil plastik gula-gula atau sepuntung rokok. Bawalah balik sampah-sampah yang tidak boleh lupus (seperti plastik) atau sampah kering, dan sampah basah seperti sisa makanan perlulah ditanam sebaik mungkin.






artikal from Azmanzainal.com

bercongkak di sungai??

YO! U OLLS.. ni fafa nk cerita..bukan pasal nk main congkak tp ni mandi manda di sungai congkak..meh baca info yer?

.info.zone.info.
Sungai Congkak Recreational Forest
" Sungai Congkak is one of Selangor’s most favourite local haunts. All along the scenic river you can see stalls selling food and beverages, jungle produce and other knick-knacks for a typical picnic goer or camper."

Enterprising locals have set up wooden/bamboo huts by the gentle and long river for families or couples to seek shelter and have picnics in, charging RM5-7 per booth. Others set up parking grounds at RM2 to 3 per vehicle. 
Drive up to the end of the road to reach the Sungai Congkak Forest Reserve entrance, which is managed by Tourism Selangor Sdn. Bhd. For those interested in staying overnight, you have a choice of chalets (1-12 people), campsites (4-6 people) and canopies. 
The air is breezy and cool. On weekends when the place is packed with locals having a fun day out with friends and family, enticing smells of meat being barbequed fills the air. The chortles of happy children playing in the water and giggles of teenage girls posing for photos add to the merriment of the popular picnic spot.   On a tranquil weekday, there is a sense of quietness and repose amidst the sound of running waters and rustling leaves. 
The entrance fee is RM1 per person (12 years and above). 
fafa ke sg.congkak bersama aiman.kerr.pikor.zila.asrul.faez.jimi.
aktiviti adalah mandi2.BBQ yang sedikit huru hara dan sesi photo2 saje.santai..

sapa yg ada family bawalah g sg.congkak..syokkkk kot ;)

snap.zone.snap.









air laut bertambah masin

hey.hey.hey..
ni fafa nk story mory pasal air laut plak... di PD..port dickson la U OLLS...

plan paksa2 seingat fafa..hahahaha...masa tu yg terlibat adalah fafa.aiman.aus.adik aus.fizi tapis. 

acaranya adalah .santai.BBQ.camping.mandi2.kayak.balik sume org punya kulit yg shantekk..legap!dah air laut masin, panas lak tu.memng free utk treatment kulitt....hehehehehe;)

seronot.tapi koleksi gambar tidak di jumpai.;(

kitaorg pegi sebelum kejadian BUAYA DIJUMPAI DI LAUT PD YER..nasib baik..kalu tak kene ngappppppp! hahahahaha..


jejak sungai chiling di KKB

The Chiling Waterfalls

Hai U OLLS..............pe cerita? ce cite..ce cite...hahahahha..

fafa nk bgtau ni...lokasi best utk korang mandi manda...shuke?hehehehehe ;)

fafa nk mengimbau kembali ke satu tempat shantekkkkkk..nama tempat tu AIR TERJUN SUNGAI CHILLING...kat mana tu? haaa, sungai chiling ni dekat dengan kuala kubu bharu, selangor...meh fafa share info..ni pun fafa bc dr blog org lain..hehehe.al maklum ler pegi bnyk kali nk bercerita balik ala pening2 lupa gitu ;)hehehhe..

info.zone.info.

Location : 21 kilometers from Kuala Kubu Bharu on the road to the Gap
Coordinates and map : East 101 45.05' North 03 35.71'
Accessibility : Hike and River Trek


The Chiling Falls are probably the most beautiful waterfalls of Selangor. They can be reached after an adventurous trek along the river, which has to be crossed many times. To reach the trail head, you take the road from Kuala Kubu Baru to the Gap. After passing the Selangor Dam, you cross the bridge on the Chiling river. Just after this bridge you can park you car. Follow the road for about 100 meter, the trail head is clearly indicated. Soon you will arrive an open field beside the river, with some buildings and a campsite, maintained by the Fisheries department...
meh kita citer lagi yer......
haaaaaa...pe yang seronok kat sini ye?nk tahu seronok ke tak U OLLS kene g! ini siriyessss...hehehehe..
kalau U OLLS nak ke sana, pakat2 lah dengan member2...sure korang nk g lagi ;)air dia sejukkkkkkk dan korang bakal mandi bertemankan ikan kelah yang ada di sana...air terjun dia superb! shantekkk sgt ;)

fafa dah pun beberapa kali g sg.chiling ni..bunyi ada air terjun pastu ada lak sungai eh? macam ni.. U OLLS akan redah sungai dulu baru sampai ke lokasi utama air terjun tu...U OLLS kene jalan2 sikit..pastu redah2 sungai sikit..kalau pakai selipar say tatatata awal2..hahahaha..jadi pakai lah kasut yg sesuai yer...kalu dah nama g air terjun  U OLLS bawalah baju2 mandi, makanan2 sedap sekali...jgn risau, tempat nk tukar baju ada disediakan..nk berkhemah pun bole..ada campsite...bayaran dikenekan pada setiap orang yg nak masuk.U OLLS. kene daftar nama kat pondok renjer kat situ..dah sudah tu  U OLLS boleh lah memulakan xpdc yg sakan seronok ni....

1st... U OLLS akan lalu jambatan gantung yg berdekatan dengan pondok renjer tu..U OLLS akan berjalan dan berjalan dan akan berjumpa sungai yng perlu diredah...jumlah sungai yang perlu U OLLS harungi adalah sebanyak ....cuba teka? alaaa sikit je nk redah nyer pun....jumlah sungai yg U OLLS perlu redah dan renangi (kalu terjatuh dlm sungai lah)hahaha.. FIVE CROSSING IN TOTAL...selepas trekking for about one and a half hour, the river makes a right-turn and suddenly U OLLS akan nampak lower waterfall. Shantekkkk! n ada satu kolam besar yg boleh U OLLS selam2 berenang2...dan paling best! tau tak apa dia? lots of fish, which like to nibble your feet ;) haaaa...shuke tak?mesti suke kan??? bole buat fish spa free tau...hehehehehe..lagi satu ikan2 yg ada tu (ikan kelah) buat U OLLS  nk tangkap ikan tu dan  nk panggang2 jer...itu fafa lah...hahhahahaha...sodap kot ikan fresh di bakor-bakor...hehehehe ;)itu air terjun yg fafa dah sampaii...tapi ada 2 lagi tau air terjun..itu belum redah2 lagi...bila?tatau..akan datang kot ;)

info.zone.info.
There are two more falls. You reach them, by scrambling up the steep slope, just before the last river crossing. You will pass another waterfall (not accessible) before you reach the third waterfall. This place is much quieter than the lower fall and very well suited for a relaxed picnic. This is an interesting trek and a beautiful fall. But accidents have happened here, due to flash-flooding. Don't make this trip in adverse weather conditions! The river will become impassable when the water level is too high.
snap.zone.snap.
Antara koleksi2 gambar fafa di sg.chiling... ni 1st time g sini..;)
berenti di empangan amik gambor


daftar dan bayar


lalu titi gantung ni ke jambatan gantung?hehehe


jalan2 dulu


redah sungaiiiiiii...hati2 nanti jatuh..hehehe


lokasi yg di cari ;)


shantek kan?

U OLLS jangan lupa g ya ;)..yeaaaabaaa!