Monday, July 25, 2011

kelong dan melolong....^_^''

Kali ni tak bercakap hal gunung jap.nak bercerita pasal fafa dan kelab belia TDK ke kelong. Xtvt-nya adalah MEMANCING! Surprise…

Kalu citer bab memancing, fafa ada pengalaman sedikit lah.ikut2 baling joran.ada sebatang joran yang memang fafa beli.joran tu kaler merah!ada bunyi2 kalu kita tarik joran tu..layan joran2 ni masa 2008 pastu simpan dalam boot kete sampai lebam dan akhirnya keluar balik sewaktu mengikut abas memancing.masa tu fafa n aiman belaja2 balik memancing.kitaorg g pertandingan memancing kat tasik putrajaya, pastu g tasik sri rampai, ke tasik biru, ke ulu yam dan kolam pancing dkt hulu Langat itupun ada ikut pertandingan memancing.hasil?tak yah citer.bole beli ikan kat pasar jer.hehehehehe.tapi yg berpengalaman dapat jer ikan.

Kembali cerita KELONG. Ok, xtvt ni terdiri dari kalangan kelab belia.otai2 pun ada ikut.baguskan hubungan sesame mereka. Yang junior dan senior berada di dalam saTu xtvt. Bole diberi pujian!

Lokasi kelong adalah di KELONG SEMPANG PANTAI MELIMAU (rasanya betol lokasi ni..hehe)@ KELONG KADIR (pakcik jaga kelong tu nama-nya kadir) ini adalah cadangan xtvt dari abas ( 2 3 kali dah g kelong tu, jadi dia ajak budak2 tdk rasa g kelong). Kos kelong yang disewakan adalah RM 600.

Berapa lama kat sana?kami g seminggu! Hahaha..tidak lah.. 24 jam sahaja (tido semalam )hehehehe;)

Seramai 20 orang telah mengikuti xtvt ini tetapi salah seorang ahli terpaksa membatalkan xtvt kerana neneknya meninggal dunia (AL FATIHAH untuk nenek al-hafizi)sewaktu kami 15 minit bergerak dr taman desa keramat.

Maka kami meneruskan perjalanan ke Melaka seramai 19 orang dan Alhamdulillah perjalanan pegi dan pulang dengan selamat. Ditemani permainan walkie- talkie pemecah kebuhsanan sepanjang perjalanan pergi dan balik. Masing2 buat lawak dan teka teki bengong.seronok melayan kemesraan kejiranan taman desa keramat ni ;) mereka berkawan sejak kecil jadi bahan lawak dan kene mengena memang jadi isu utama.fafa tukang gelak dan sibuk jer dalam ini permainan ;)

Kitaorang g dengan 4 buah kereta. 2 myvi (wakil perodua) dan 1 perdana & 1 exora(wakil peroton).belilah kereta buatan malaysia..hehehee ;)

Ahli2 masyarakat dipecahkan dalam kumpulan2.(KONGSI2 DUIT MINYAK DAN TOL)
Kereta 1- abas, aan, aiman dan fafa (pemandu arah)
kereta 2 – amy, kak faizah, amar, uje dan nyamok (sweeeeper)
kereta 3 – udin, adik udin, aman
kereta 4- shah’s family –ayah koyok, father in law ijam, koyok,ijam & wife,bohe,abg joe.

Perjalanan kami sedikit kelaka kerana suka main U-TURN ..maksudnya ada salah2 jalan.hehehehe.walaubagaimanapun perjalanan yang diambil bertepatan dengan jangkaan masa.

Sesampai di sana, kami berkumpul dan loading barang2.jadi ada 2 kali trip nak ke kelong.nak ke kelong tu kene naik bot! yes..suke! tapi ta suke jurugambar satu pun tak naik sama dengan kitaorg yang g trip 1st ni..sabotaj la tu..hehehehe..

Sume orang berkumpul dengan muka menahan terik matahari.siriyes cakap sun-burn!hahaha. tapi fafa tak lah terbakar sgt sebb duk memasak kat sana.maaflah kalu tak sedap yer..huhuhu..fafa bukan pemasak professional.

Adegan2 memancing memang menggelikan hati.kemain bersorak!paling hebat abg joe hampir menaikkan ikan pari.yang lelain sume berjaya naikkan ikan ‘’GLEMer’’ @ GELAMA sebenarnya..ha, yayang saya pun dapat ikan glemer tu.siap main tangkap ketam kat bawah kelong.hahahaha

Nak g kelong ni kene tahan sikit lah..maksudnya tak mandi.tapi fafa mandi menggunakan sebotol air mineral.nak cuci muka pun kene jimat2 air.hehehe.. toilet dkt kelong (toilet hanyut – maksudnya apa yang korang buang tu, terus hanyut ke dalam air laut yang terbentan luas.bayangkan kalu membuang besar?hahahaha..euwwwww!)basuh membasuh bilas membilas sumenyanya menggunakan air laut sahaja.hehehe.

Bilik tido?ada disediakan 2 bilik..dapur masak pun ada.best kan?tp fafa tido area kelong tu.sejuk dapat angin laut.bergelimpangan dalam sleeping beg..fafa kat sana masak, makan, tgk org pancing, mengelamun, amik gambar dan tido.tido.opssss banyak tido rupanya!hahahahaha.

Kat sana masak simple jer.ta bole bawah haiwan darat.petua memancing katanya.ikutkan shj. Menu di sana adalah :

Lunch -nasi putih, ikan selar kuning masak sambal, kobis goreng.
Diner – nasi putih,tom yam, kobis goreng, sardine(yang ni otai masak)hehehe
Breakfast – bihun goreng & nasi goreng ( salty!)hahahaha
Lain2- adalah meggi, jajan,roti2.hehehe

Sebelum pulang, kami tak lepaskan peluang Sesi gambar bergambar. Tapi sepanjang xtvt,  Fafa dan aiman menang ber-gambar jer.hehehehe..

Mcm biasa sebelum beredar dr kelong kene naik bot utk sampai balik kat pengkalan.bawa turun barang dan kami bersetuju utk jalan2 di Melaka. Tapi hanya kete 1 dan kete 2 shj ikut.

Kami bersihkan diri kat masjid negeri Melaka (masjid al-azim) dan meneruskan perjalan ke pantai klebang minum petang. Minum cendol gula Melaka, cucur udang, goreng pisang, tempe goreng cicah sambal itam, cendawan goreng dan disertai buah-buahan iaitu manggis dan mata kucing! Ok, perot sume orang buncit!!!!hhahaha tapi kami menambahkan kemaksimuman perot-perot kami dengan memakan asam pedas di Bandar hilir. Asam pedas ikan dan asam pedas daging tetel termasuk siput sedutttt! Kesimpulan fafa gemok utk itu hari! Blum lagi makan buah dlm kete!haishhhh rosak diet!

Tapi apa2 pun sgt Seronok!

Pulang ke kl dan berkumpul kembali di surau nurul ihsan tdk membersihkan peralatan dan mengagihkan ikan2 glemer..amar paling suke ikan glemer ni!(macam kerasukan bila joran dia dpt ikan glemer ni).tapi segala kenangan dan peristiwa tak dapat dilupakan. Lepas ni ke kelong mana plak?tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

No comments:

Post a Comment