Thursday, July 14, 2011

rajah berwajah-wajah


Chill –chill mount rajah! Ini bukan chill lagi, tapi kill kill & die die!hahaha..

rasanya trip kali ni trip lenggang santai,mabuk makan dan kami bersantai habis..orang dah gerak kami masing2 bersantai2, makan2 dan tido2..relax lah kan?tak lari gunung dikejar.dia tunggu kita sampai ke tak je ;)..Orang lain rasanya macam berlari tapi konsep kami adalah “5 minit setapak” (jalan 30 minit rest pun mesti 30 minit) hahahaha..bagi laluan sapa nak jalan..silakan..kami?jalan jugak.. Nampak je kami lambat tapi kami simpan ‘’aura kura-kura emas’’!hehehehe.



Trip kali ni amat lah ramai..lebey 40 orang kot sbb open event dr wild juctions..bertemu lagi en amri dan en.mustakim..ada beberapa group..jadi fafa n FOC seramai 6 orang shj.. di sana ketemu semula sahabat gunung iaitu abang chik n the geng..dia bawa hero dia.. Dan trip kali saya bertemu rakan gadis baru..ayu,dayah..ada lagi beberapa orang tp tak sempat nak kenal.takpe, next time.. xtvt kali ini adalah pertemuan rakan2 yang sumenya dari FB.

Jumpa di genting sempah dengan gorup2 yang lain..pastu g  tapaw makan di pekan raub lalu bergerak terus ke lokasi air terjun chamang.parking kereta lepas tu tido terlentang di tgh laman berbungkuskan sleeping beg. Pagi2 bangun lalu ber-siap2, dgr taklimat lantas wat stretching bersama-sama masyarakat sekelian.sesi ber-kenalan secara tak langsung.

Mengambil foto-foto-an dan memulakan perjalanan. Ok, perjalanan menaiki bukit untuk menuju ke jalan balak yang buhsan ;) Jalan dan jalan yang memang berjalan sahaja di awal perjalanan.
Ini adalah log perjalanan ke gunung rajah!

AIR TERJUN CHAMANG - RUMAH ORANG ASLI - 1/2 jam 

RUMAH ORG ASLI - KEM SITE PERTAMA - 1 jam 

KEM SITE PERTAMA - CROSS SG PERTAMA 1/2 jam 

CROSS SG PERTAMA - AIR TERJUN NANING - 1/2 jam

AIR TERJUN NANING - PUNCAK PERMATANG, 3 jam 

PUNCAK PERMATANG - LAST WATER POINT - 1 jam 

LAST WATER POINT - PUNCAK RAJAH- 1/2 jam


Mari bercerita tentang gunung rajah!
Gunung Rajah (Bentong) yang terletak di Bentong,, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,685 meter (5,526 kaki).Gunung Rajah (Bentong) mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.pada tahun 2004,gunung ini mendapat tumpuan ramai kerana satu kumpulan pendakian yang mendaki gunung ini telah ditimpa petir,dua orang telah meninggal dunia.
Info Gunung Rajah, Bentong, Pahang 
Gunung Rajah ini, satu-satunya gunung di Bentung. Negara pernah gempar dengan berita pendaki-pendaki dipanah petir di puncak gunung ini suatu masa lalu.


Air Terjun Camang
Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan berturap ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini. 


Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.
Setengah jam berjalan pendaki akan melintas satu penempatan baru orang asli, trek balak agak mendaki sedikit, awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti trek ke gunung memandangkan ada beberapa simpang disini.

Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek. Beberapa minit perjalanan seterusnya ada satu simpang denai tidak jauh disebelah kiri. 

Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini. Awas juga, air sungai ini akan menjadi deras apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai lagi disini seperti huruf Y. 


Air Terjun Naning/Nading
Air terjun ini merupakan checkpoint seterusnya kira-kira setengah jam dari cross sungai pertama. Kem site berada seberang sungai di bahagian atas air terjun Naning berdekatan dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat. 

3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.


Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.


Puncak G. Rajah
Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah batuan di puncak. 




FOTO-FOTO
muka2 ceria yer sebelum pewaiiii!hahaha


No comments:

Post a Comment